PERAK 0 FELCRA FC 0
Perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala Malaysia membabitkan Perak dan Felcra FC di Ipoh malam ini menyaksikan kedua-dua pasukan gagal meraih mata penuh apabila berkesudahan seri 0-0.
Tuan rumah bermula garang dengan tandukan pada minit kedua oleh Gilmar Da Silva melalui hantaran Nazirul Naim Che Hashim, namun diselamatkan penjaga gol Felcra, Muhammad Fadzley Abd Rahim.
Bertahan dengan asakan Perak, Felcra pula nyaris di hadapan pada minit ke-12 apabila percubaan Anselmo Da Silva dinafikan Muhammad Hafizul Hakim.
Perak terus mengatur pemainan menerusi percubaan pemain sayap, Mohd Nor Hakim Hassan, yang ditangkap kemas Fadzley, sebelum berlaku keadaan kelam-kabut di hadapan gawang Perak tetapi rembatan deras Anselmo melepasi gawang gol pada minit ke-35.
Sebelum separuh masa pertama ditamatkan, tuan rumah sekali lagi melepaskan peluang keemasan apabila pemain pertahanan, Jad Noureddin, gagal menanduk bola dengan tepat walaupun pintu gol Felcra sudah terbuka luas.
Bersambung babak kedua, kesilapan Hafizul pada minit ke-62 ketika berusaha mengeluarkan bola dari kawasan bahaya hampir membawa padah kepada Perak, namun Anselmo sekali lagi gagal melakukan penyudah tepat dan bola hanya melewati gawang tuan rumah.
Permainan bertambah rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan mencari gol dan usaha Perak sekali lagi digagalkan penjaga gol Felcra itu yang bertindak cemerlang menangkap kemas rembatan Wander Luiz pada minit ke-79.
Tuan rumah terus bernafsu dengan melancarkan serangan bertubi-tubi pada penghujung permainan tetapi Felcra tetap bertahan untuk mengikat kedudukan 0-0 sehingga wisel penamat ditiupkan.
Foto kredit: Persatuan Bolasepak Perak