Perak bergelut dengan prestasi apabila cuma meraih keputusan seri 0-0 ketika menentang Sarawak dalam aksi Liga Super di Ipoh, malam tadi.
Ini bermakna The Bos Gaurus di bawah kendalian Mehment Durakovic hanya meraih satu kemenangan ketika bertemu Selangor pada 4 Mac lalu manakala perlawanan selainnya, seri lima dan kalah tiga kali.
Durakovic jelas kecewa dengan prestasi semasa pasukan yang gagal mengutip tiga mata penuh.
"Malam ini (tadi), kami patut memungut tiga mata kerana kami selaku tuan rumah.
"Saya faham pemain bergelut dengan keadaan padang tapi banyak juga peluang dilepaskan," katanya.
"Keadaan cuaca juga faktor kenapa pasukan gagal mencorak taktikal. Ini sudah kali ke berapa Perak bermain dalam keadaan padang tidak sempurna," jelasnya lagi.
Pemain sayap, Zaquan Adha Abd Razak, juga menuntut perubahan dalam pasukan.
"Kami sudah mencuba yang terbaik dalam setiap perlawanan. Malam ini pergerakan kami terbatas akibat hujan lebat dan padang becak.
"Saya sedar ini bukan alasan sebab pasukan lawan pun menghadapi masalah sama. Apa yang pasti, kami perlu berusaha lebih keras lagi," ujarnya.