Skip to main content

Bola Sepak

Pep Guardiola saran pemain kurangkan guna media sosial

jack-grealish.jpg
Pep Guardiola mengingatkan anak buahnya mengenai kepentingan keselamatan peribadi selepas rumah Jack Grealish dirompak di pertengahan minggu ini.

Malam, pengurus Manchester City itu menyarankan pemain-pemain agar menghadkan penggunaan media sosial sebagai sebahagian daripada sebarang langkah berjaga-jaga.

Guardiola berkata: “Mereka memasang alat keselamatan tetapi malangnya ia tetap berlaku. Malah, ia terlalu kerap berlaku. 

“Begitu juga dengan pemain United. Saya tidak tahu banyak tentang London tetapi ia juga berlaku di sana dan bukan hanya di United Kingdom -- saya pasti di Catalonia di tempat keluarga saya, rompakan juga acap berlaku.

“Sudah pasti kami perlu berwaspada. Tidak banyak maklumat yang ditawarkan di media sosial -- semakin kurang mereka tahu tentang apa yang anda lakukan adalah lebih baik. Orang ramai sedang menunggu untuk melihat di mana kedudukan anda dan apa yang anda lakukan.

“Malangnya ia berlaku ke atas Joao apabila keluarganya dirompak. 




“Barang kemas, wang, apa sahaja -- ia situasi sukar -- dan keluarga mereka sukar mengerti mengenai apa yang berlaku. Ia situasi sukar buat Jack sebagaimana yang pernah dialami Joao.”

Grealish belum pasti bersedia ketika City menentang pasukan tercorot, Sheffield United, dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini. 

Guardiola berkata: “Dia tidak berlatih semalam kerana bersama keluarga. 

"Kami akan lihat bagaimana situasinya.”

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video