Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, mendakwa juara Liga Perdana Inggeris itu yang baru dinobat 'terlalu banyak minum alkohol di Manchester' sebelum memperoleh keputusan seri 1-1 di Brighton.
Guardiola bimbang pasukannya yang memburu treble mungkin berdepan prestasi yang mengecewakan mabuk di Sussex berikutan kegembiraan sambutan kejuaraan hujung minggu lalu.
Namun pengendali Sepanyol itu kagum dengan prestasi pemainnya semasa perlawanan yang mendebarkan itu.
Phil Foden meletakkan City di hadapan di Stadium Amex sebelum gol penyamaan menakjubkan daripada Julio Enciso mengukuhkan tempat keenam Albion bagi memastikan tiket mereka beraksi di Liga Europa musim depan.
Erling Haaland dinafikan jaringan kemenangan selepas VAR menunjukkan penyerang itu menarik jersi pertahanan Seagulls, Levi Colwill.
“Saya agak bimbang tentang betapa kami akan menurunkan (tahap) kami dengan apa yang telah kami lakukan dalam empat, lima, enam bulan terakhir,” kata Guardiola.
“Empat puluh jam (yang lalu) kami banyak mengambil minuman keras di Manchester dan cara mereka bermain dalam perlawanan adalah luar biasa.
“Saya sangat menikmatinya, terutamanya selepas menjadi juara.
“Anda perlu datang ke sini untuk memenangi perlawanan, kami tahu ia akan menjadi sukar. Mereka adalah pasukan yang hebat di setiap aspek, itulah sebabnya mereka layak beraksi di Liga Europa, sememangnya layak.
"Dan juga kami menunjukkan mengapa kami adalah pasukan terbaik di England."
Ammar Hakim
Thu May 25 2023