Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong tegar harus sokong Simeone

simeone-cropped_d5tknvpdn0b51d4jrlhk48ozc.jpg
Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone, meminta penyokong pasukannya memberi kepercayaan kepada pengurus dari Argentina itu selepas salah seorang pemain gantiannya diejek ketika diikat seri 1-1 oleh Eibar, semalam.

Peminat tampak marah apabila Simeone membuat keputusan membawa keluar Rodrigo dengan pemain berusia 19 tahun yang melakukan penampilan pertama, Borja Garces, pada minit ke-71 tatkala mereka memerlukan gol penyamaan untuk menewaskan pelawat yang sukar ditumbangkan.

Namun, percaturan Simeone jelas berbaloi apabila Garces menyumbat gol penyamaan dari jarak 15 ela untuk menghadiahkan pasukannya satu mata sebelum aksi berakhir selepas Sergi Enrich meletakkan Eibar di depan, tiga minit sebelum tamat.

Kemenangan Barcelona ke atas Real Sociedad menyaksikan Atletico kini berada tujuh mata di belakang pendahulu liga itu selepas empat perlawanan.

"Pasukan faham bahawa saya mahukan kemenangan dan saya hampir membawa keluar Koke dan Saul sebelum memilih Rodrigo," kata Simeone.

"Namun, saya fikir mereka berdua mampu mencipta lebih banyak gerakan serangan.

"Peminat datang ke sini dan mereka sangat bersemangat.

"Mereka melihat seorang pemain beraksi dengan baik dan saya membawanya keluar tetapi pengurus pasukan membawa masuk seorang pemain yang tampil bagus ketika latihan. Akhirnya, dia menjaringkan gol penyamaan."

Atletico sepatutnya terlebih dahulu berada di depan sebelum jaringan Enrich tetapi penjaga gol Eibar, Marko Dmitrovic, beraksi hebat.

Penjaga gol Serbia itu melakukan aksi tangkas untuk menafikan usaha Antoine Griezmann, Diego Godin, Diego Costa dan Saul Niguez. 

"Pasukan kami meraih banyak peluang tetapi penjaga gol mereka beraksi hebat. Anda harus mengucapkan tahniah kepadanya. Kami harus memastikan peluang sebegini diakhiri dengan gol."

Advertisement

Must Watch Video