Itu antara tindakan yang boleh diambil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memastikan arena bola sepak negara tidak tercemar dengan isu yang menyentuh sensitiviti rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Sesiapa yang terlibat dengan isu perkauman boleh digantung. Kita harus mengambil serius perkara ini.," kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.
Stuart meminta jurulatih atau pun pemain membuat laporan rasmi kepada badan induk itu sekiranya terdapat komen berbaur perkauman yang dibuat mana-mana individu.
Setakat ini, FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) belum menerima aduan rasmi mengenai dakwaan jurulatih Selangor, B. Sathianathan mengenai rasisme ke atas dirinya.
Sathianathan dalam sidang media selepas aksi berdepan Perak tempoh hari naik angin apabila terdapat komen yang menggunakan perkataan kesat berbaur perkauman dibuat penyokong di laman media sosial.
"Sebelum ini, terdapat beberapa pemain yang mendakwa telah dicemuh dengan berunsurkan perkauman namun tiada laporan yang dilakukan sejurus perlawanan telah tamat."