Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong marah Bojan Hodak terajui Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bojanhodak.jpg
Nama Bojan Hodak semakin popular memandangkan dia dikaitkan selaku ketua jurulatih baru Indonesia menggantikan legenda Belanda dan Barcelona, Patrick Kluivert, yang menamatkan kontrak atas persetujuan bersama dengan pasukan itu, sebelum ini. 

Namun, kenapa berita tersebut tidak menggembirakan peminat? 

Pengendali Persib Bandung itu sedang menikmati pencapaian membanggakan apabila kelab bimbingannya dalam landasan terbaik untuk mencipta sejarah mara ke pusingan seterusnya Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), musim ini. 

Dengan kejuaraan liga musim lalu, peminat Persib Bandung mendesak supaya pengurusan tidak melepaskan bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, sebaliknya terus bersama Pangeran Biru. 

 

Difahamkan, juara Piala Malaysia bersama Kuala Lumpur (KL) City itu terus menjadi calon utama menerajui Indonesia selepas prestasi menakjubkan bersama Persib Bandung. 

Untuk rekod, meninjau laman Transfermarkt, Bojan Hodak pernah melatih satu skuad negara sepanjang kariernya iaitu Malaysia bawah 19 tahun (B-19), dan selebihnya menggalas tugas di kebanyakan kelab. 

Perjanjiannya bersama Persib Bandung dijangka berakhir pada Mei tahun hadapan.

Sekiranya dia diangkat sebagai pelatih baru Indonesia, adakah ia satu keputusan tepat? 
Puma

PUMA SALE: Up to 50% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video