Erik ten Hag mengecapi kemenangan dalam perlawanan persahabatan pramusim pertamanya sebagai pengurus Manchester United apabila mereka menang 4-0 ke atas Liverpool semalam.

United tidak pernah menewaskan Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (English Premier League) sejak 2018 dan mengalami kekalahan 5-0 dan 4-0 kepada musuh ketat mereka musim lalu.

Tetapi pasukan Ten Hag meraih kemenangan selesa ke atas anak buah Jurgen Klopp di Bangkok, walaupun ia datang dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan pelbagai perubahan sepanjang masa.

Namun, ia adalah permulaan yang memberangsangkan untuk Ten Hag, yang menyaksikan Jadon Sancho membuka jaringan untuk pasukannya pada minit ke-12 apabila dia merembat masuk mengatasi Alisson.


Kegagalan Liverpool untuk mengeluarkan bola daripada barisan pertahanan kembali menghantui mereka apabila lambungan Fred sekali lagi membuatkan Alisson tidak mampu berbuat apa pada minit ke-30.

Anthony Martial menjadikan kedudukan 3-0 tiga minit kemudian selepas menumpaskan Rhys Williams dan, walaupun gol keempat tidak datang sehingga minit ke-76, ia tiba dengan bergaya.

Pemain muda, Facundo Pellistri, yang melengkapkan perkara untuk United. Dia menyempurnakan jaringan selepas melakukan gerakan satu-dua dengan Amad Diallo selepas serangan yang dilancarkan Eric Bailly.