Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong Man United, Arsenal hadir! Jom sama-sama meriahkan Watch Party di Kota Damansara malam ini!!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

watch-party-man-u-arsensl.jpg
Jom sama-sama meriahkan Watch Party aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris antara dua kelab gergasi England, Manchester United bertemu Arsenal di Old Trafford dengan kehadiran legenda The Gunners.

Saingan yang dinanti-nantikan kini bakal membuka tirai, musim 2025-2026 saingan EPL menyaksikan 38 perlawanan bakal diharungi 20 kelab yang bertanding merebut gelaran terbaik di England!

Bermula dengan aksi pertama Manchester United menerima kunjungan Arsenal di Old Trafford, anda boleh sama-sama memeriahkan Watch Party dengan kehadiran legenda The Gunners, Nicklas Bendtner.

Bermula pada jam 8 malam 17 Ogos ini, anda boleh hadir ke Strand Mall, Kota Damansara untuk merasai pengalaman dengan suasana yang cukup meriah!

 

Advertisement

Must Watch Video