Kehadiran 'penyerang tambahan' daripada bahagian pertahanan yang berupaya mencetak gol membolehkan Pahang menang 3-2 ke atas PKNS FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, semalam.
Penolong ketua jurulatihnya, Ahmad Shaharuddin Ahmad Rosdi, berkata sumbangan tiga gol daripada pemain pertahanan itu nyata melegakan skuad Tok Gajah yang ketandusan jaringan menerusi jentera serangan walaupun bermain dengan baik.
"Kami sejak awal lagi cuba mengatur serangan tetapi tidak berjaya menghasilkan gol dan strategi kami ialah melakukan pembetulan dalam aspek sepakan sudut supaya boleh boleh mencipta jaringan. Ia berhasil apabila pemain pertahanan menjaringkan gol.
"Perlawanan ini menyaksikan kami memiliki penyerang tambahan daripada posisi pertahanan dan saya yakin Pahang boleh berpesta gol dalam perlawanan akan datang apabila penyerang juga dapat melakukan jaringan," katanya.
Dalam perlawanan itu, Pahang membuka jaringan gol menerusi pemain import, Mark Herold Goulon, pada minit ke-30, diikuti Muslim Ahmad (m-42) sebelum Matthew Davies melengkapkan kemenangan pada minit ke-89.
PKNS FC pula memperoleh gol menerusi pemain import dari Liberia, Kpah Sherman (m-60) dan pemain import Argentina, Gabriel Guerra (m-65).
Ahmad Shahruddin berkata dengan kejayaan mengutip tiga mata penuh itu, Pahang masih berpeluang untuk menghuni tangga kedua Liga Super musim ini yang masih berbaki tiga perlawanan.
Bagaimanapun, beliau mengakui Pahang berkemungkinan tidak dapat menurunkan tonggak utama, Dickson Nwakaeme, yang masih dibelenggu kecederaan.
Sementara itu, pengendali PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, berkata kelonggaran bahagian pertahanan Red Ants yang bermula sejak babak pertama perlawanan, telah menghukum pasukannya dengan kekalahan tipis itu.
"Ini menyebabkan gawang PKNS FC dibolosi dua gol dengan cepat walaupun saya sudah beri arahan kepada pemain untuk memperketatkannya. Pemain, bagaimanapun, tidak berputus asa dan lebih agresif dalam babak kedua sehingga memperoleh gol.
"Namun, kejadian PKNS FC menentang Kedah dan Terengganu sebelum ini berulang apabila gawang kami dibolosi pada minit-minit akhir perlawanan," katanya.
Susulan itu, Rajagobal berkata kelemahan ketara yang perlu diberi tumpuan oleh anak buahnya bagi melengkapkan jadual perlawanan Liga Super ialah meningkatkan fokus pada akhir waktu permainan.
-- BERNAMA