Kuala Lumpur City mencari jalan untuk mengatasi prestasi tidak menentu pasukan itu dalam kempen Liga Super dengan mengumumkan dua muka baru.
Penyerang kelahiran Nigeria, Kyrian Nwabueze, dan pemain berdarah campuran dari Australia, Ryan Lambert, sama sekali tidak berasa tertekan dengan harapan yang bakal digalas.
Nwabueze menyumbangkan 29 gol kelab KF Laci dalam Liga Albania pada 2019 selain berpengalaman beraksi di peringkat kelayakan Liga Europa dengan menghasilkan satu gol.
Penggempur berusia 28 tahun itu dibandingkan dengan bekas penyerang Pahang, Dickson Nwakaeme.
"Jurulatih (Bojan Hodak) ada meminta saya melihat kelibat Nwakaeme melalui Youtube.
"Kemampuan dan jaringannya, saya kagum kerana dia seorang pemain yang hebat," katanya.
Nwabueze mendedahkan perancangan skuad Warga Kota telah membuka hatinya untuk mencipta nama di Asia.
"Saya mendapat beberapa tawaran lain tetapi akhirnya memutuskan untuk datang ke Malaysia dengan menyertai Kuala Lumpur City.
"Perbualan dengan jurulatih dan CEO KL City (Stanley Bernard) memberi saya keyakinan untuk datang dan membantu pasukan.
"Visi jurulatih terhadap pasukan dan pemain memikat saya. Pasukan beraksi dengan baik jadi saya akan menjadi tambahan untuk pasukan.
"Saya sudah ada sasaran gol tanpa tidak perlu mendedahkannya kepada anda. Saya cuma perlu turun ke padang dan memenangi perlawanan," katanya.
The City Boys kehilangan sentuhan penyerang Mauritania, Dominique Da Sylva, yang terpaksa berehat panjang hingga akhir musim ini selepas ditimpa kecederaan ketika seri bertemu Sabah, April lalu.
Sementara itu, Lambert merendah diri apabila menganggap tiada jaminan untuknya dalam kesebelasan utama di sebalik reputasinya pernah menyertai beberapa kelab di Belanda.
"Saya anak kelahiran Kuala Lumpur.
"Mereka mempamerkan aksi menarik. Pemain sedia ada memang hebat kalau tidak mereka tidak akan berada bersama KL jadi saya perlu merebut tempat.
"Saya perlu bekerja keras, buktikan kemampuan," katanya.