Pengerusi Perak, Datuk Seri Azim Zabidi, bersetuju dengan kenyataan Datuk Wira Yusoff Mahadi mengenai kegagalan penswastaan kelab.
Pihaknya juga ternyata kecewa apabila selepas peralihan pasukan kepada status 'Football Club (FC)', FA dan juga negeri ibarat melepaskan tangan sepenuhnya tanpa pelan kontingensi buat pasukan.
"Apabila masuk kepada FC, FA dan pihak di peringkat negeri dan awam terus lepas tangan, jika mereka tidak lepas tangan boleh lagi. Negeri lain seperti Selangor, Penang dan Kuala Lumpur.
"Kerana tanpa bantuan ini memang sukar untuk mana-mana pasukan berjaya," katanya.
Bekas Chef De Mission Sukan Asia 2018 itu juga berkongsi kos yang perlu ditanggung pihaknya untuk skuad Piala Belia, Piala Presiden dan Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) juga menjadi salah satu punca kepada masalah kewangan yang serius.
Zzim berpandangan ketiga-tiga skuad remaja itu sepatutnya berada di bawah kelolaan FA dan FC hanya perlu fokus kepada skuad utama sahaja.
"Seperti Perak FC, kita boleh cari penaja. Tetapi tiga pasukan ini yang menelan berbelanja hingga RM400,000 sebulan langsung satu benda kita tidak boleh buat.
"Dua tahun setengah sudah kita telah tulis surat kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengatakan bahawa ini adalan skuad pembangunan, dan patut diletakkan dibawah naungan Kerajaan Negeri atau FA, bukan FC.
"FC ini biar kita fokus kepada pasukan utama sahaja." tambahnya.