Skip to main content

Bola Sepak

Penstrukturan semula hak penyiaran beri manfaat kelab kecil

kevin.jpg
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberi jaminan bahawa kelab kecil akan turut menerima manfaat daripada struktur baru hak penyiaran yang akan berkuat kuasa musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, berkata kelab-kelab kecil yang tidak memiliki kelompok penyokong besar tidak akan ketinggalan jauh daripada segi pendapatan dengan pasukan berstatus gergasi tanah air.

“Tidak ada. Misalnya satu kelab yang besar itu mungkin mendapat sebahagian daripada sumbangan penyokong mereka yang menyumbang terus kepada kelab manakala sebahagian lagi sumbangan akan dikongsikan kepada semua pasukan (yang bertanding dalam Liga Malaysia)," katanya.

“Jadi, jika kelab-kelab besar lebih berjaya, kelab kecil juga akan mendapat imbuhannya. Itu adalah kebaikan ‘centralized marketing’ program yang MFL lakukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, Kevin percaya pendekatan baru itu bukan sahaja memberi manfaat kepada bola sepak tempatan tetapi turut memberi impak kepada sukan-sukan lain menerusi platform penstrukturan baru hak penyiaran.

“MFL akan cuba sedaya-upaya untuk menjadi peneraju dalam industri sukan tempatan kita ini. Kami turut berharap model yang digunakan ini untuk mengagihkan hak-hak siaran terus kepada penyokong dan penonton akan menjadi satu dorongan yang bagus untuk kemajuan bola sepak dan sukan lain di Malaysia,” tambahnya.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video