Skip to main content

Bola Sepak

Penstrukturan MFL: Belum tiba masa tanpa pengerusi

tmj.jpg
Rakan kongsi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dari PDRM, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar, beranggappan penstrukturan semula tanpa posisi pengerusi bukan waktu yang sesuai untuk dilancarkan ketika ini.

Jelasnya, MFL masih memerlukan pengerusi untuk kelancaran badan itu dalam melaksanakan tugasan penting selaku badan penganjur Liga Malaysia.

Beliau merujuk kepada beberapa isu yang masih memerlukan nama besar dan kredibiliti yang mampu dibawa pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, seperti isu geran selain idea-idea bernas demi kemajuan bola sepak negara.

"Pada pandangan saya, sebagai salah seorang rakan kongsi MFL, kami masih lagi memerlukan kepimpinan dan pengaruh Tunku Ismail untuk terus memegang jawatan sebagai pengerusi MFL," katanya.

Tambah Kamarul Ariffin, jika MFL memerlukan pengganti sekalipun, tiada individu yang relevan untuk menggantikan Tunku Ismail.

"Isu yang melibatkan geran masih lagi belum selesai. Tunku Ismail adalah individu yang penting untuk terus menerajui MFL," katanya.

Merujuk kenyataan yang dibuat Tunku Ismail sebelum ini, MFL perlu berdiri sendiri serta menegaskan badan induk itu adalah hak milik 24 rakan kongsi bersama dalam saingan Liga Malaysia menerusi penstrukturan semula yang memansuhkan kedudukan pengerusi selepas ini.

Advertisement

Must Watch Video