Keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memperkenalkan penstrukturan baru hak penyiaran Liga Malaysia (Liga-M) dianggap sebagai satu langkah tepat dalam menjana pendapatan secara berterusan kepada semua pasukan yang bersaing dalam liga berkenaan.
Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Faisal Mohd Piah, berkata langkah berani MFL itu bertepatan dengan majoriti negara maju lain yang mengenakan caj bagi tontonan kebanyakan sukan utama seperti tinju dan kriket.
Beliau, bagaimanapun, berharap MFL mampu bersabar dalam fasa awal pelaksanaan dan yakin dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, peminat bola sepak negara mampu menerima pendekatan berkenaan sepenuhnya.
“Jika bayaran dikenakan RM30 ke bawah dan peminat boleh menikmati semua siaran, saya rasa itu langkah yang baik oleh MFL kerana ia mewujudkan situasi menang-menang di antara peminat dan persatuan negeri, terutama dalam soal meraih pendapatan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MFL.
Pada masa sama, Ahmad Faisal optimis langkah berkenaan dapat dijadikan sebagai sebahagian budaya oleh peminat bola sepak di negara ini sekiranya mereka ingin membantu kemajuan pasukan masing-masing.
“Kita ini rakyat Malaysia masih lagi berada di tahap mentaliti segalanya kena percuma, sudah terbiasa dari dulu lagi dan perkara ini tidak terkecuali.
“Langkah ini dijangka drastik kepada kebanyakan peminat tetapi kita kena bergerak ke depan sebagai sebuah negara maju. Malah ini, cara terbaik agar perkembangan bola sepak dapat dibantu daripada semua aspek,” katanya.
Minggu lalu, pentadbir Liga-M itu mengumumkan kemasukan rakan kongsi baru, Enervive Consultancy Sdn Bhd (EVC), dalam penstrukturan hak penyiaran Liga-M, bermula musim 2020.
Penstrukturan itu menyaksikan hak penyiaran Liga-M secara terus kepada pengguna, khususnya penyokong bola sepak tempatan, dengan membuat bayaran langganan siaran langsung perlawanan yang disiarkan dan hasil bayaran berkenaan disalurkan kepada setiap pasukan bertanding.
-- BERNAMA