Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat penyokong The Bos Gaurus kerana memberikan sambutan dan sokongan luar biasa bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA.
Setiausaha Kehormat PAFA, Tajul Hasnan Omar, berkata pihaknya terharu dengan sambutan berkenaan selain tidak menyangka 27,000 tiket yang diperuntukkan kepada penyokong Perak, habis terjual dalam waktu singkat, semalam.
"Macam kaunter di Stadium Perak, kami buka dari 10.30 pagi hingga 3.30 petang tetapi pukul 12.30 tengah hari sudah habis (dijual). Selain itu, di daerah-daerah lain ada (kaunter) yang dibuka tidak sampai 15 minit, tiket habis dibeli.
"Saya ucapkan terima kasih kepada penyokong dengan sambutan luar dugaan ini kerana ada yang saya dapat tahu sanggup tunggu di depan kaunter dari tengah malam lagi semata-mata untuk mendapatkan tiket," katanya.
Semalam, PAFA mengesahkan 27,000 keping tiket perlawanan akhir Piala FA, yang dijual melalui kaunter ditetapkan di seluruh negeri itu habis dijual. Baki 3,000 daripada keseluruhan peruntukan 30,000 adalah untuk dijual kepada penaja serta jabatan kerajaan.
Daripada jumlah berkenaan, 15,000 tiket dijual di Stadium Perak manakala 12,000 tiket lagi di daerah Gerik, Kuala Kangsar, Parit Buntar, Manjung, Tapah, Bagan Datuk, Kampung Gajah, Tanjung Malim danTeluk Intan.
Tajul Hasnan berkata proses penjualan tiket di seluruh negeri juga berlangsung lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Selain itu, beliau berkata penyokong yang gagal mendapatkan tiket tidak perlu kecewa kerana PAFA dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar akan memasang layar gergasi di 10 lokasi berbeza bagi membolehkan penyokong menonton perlawanan akhir itu.
"Lokasi itu ialah di Dataran Stesen Keretapi Ipoh, Perkarangan Masjid Al-Fateh Meru, Mydin Meru, Lembah Kuala Kangsar, Bukit Baldwind Tapah, Giant Tambun dan Pusat Penjaja Chemor, Padang Majlis Daerah Selama (MDS) , Padang Bunga Raya Lenggong dan Arena Square Pengkalan Baharu," katanya.
-- BERNAMA