Cristiano Ronaldo yang meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Juventus tidak akan menyekat gergasi LaLiga itu daripada terus menang, kata kapten kelab, Sergio Ramos.
Ronaldo menyertai Juve dengan kesepakatan bernilai €112 juta (RM520.5j) untuk menamatkan karier sembilan tahunnya di Madrid yang berakhir dengan tiga gelaran Liga Juara-Juara (UCL) berturut-turut.
Madrid belum membawa pengganti Ronaldo dengan jurulatih baru, Julen Lopetegui, membayangkan Gareth Bale akan memainkan peranan yang lebih penting.
Ronaldo mengejutkan kancah Sepanyol apabila dia merujuk Juve sebagai "sebuah keluarga" setelah ketua pasukan Portugal tersebut membuat kemunculan sulung dalam perlawanan menentang pasukan remaja kelab.
Bagaimanapun, Ramos yakin dengan peluang Madrid untuk mengekalkan dominasi mereka di Eropah -- bermula menentang Atletico Madrid dalam Piala Super UEFA awal pagi esok -- sunggguhpun Ronaldo sudah berhijrah.
"Anda perlu berusaha lebih keras. Di sini, kami selalu berasa bagaikan sebuah keluarga," kata Ramos dalam sidang akhbar.
"Kunci kejayaan kami berlandaskan semangat kekeluargaan dan kami berasakan sebahagian daripadanya. Kehilangan pemain penting adalah sesuatu yang negatif tetapi itu bukan sebab mengapa kami akan berhenti daripada menang.
"Sepanjang sejarah, kami telah melalui tempoh buruk dan terus menang. Kami perlu mengetepikan semua ini dan Real Madrid akan meneruskan rentak. Tidak kira apa yang berlaku, Madrid tidak akan berhenti menang.
"Dia telah memutuskan untuk mengubah haluan dan saya berharap dia akan melakukannya dengan baik."
Ramos kembali diajukan soalan mengenai tindakannya ke atas Mohamed Salah dalam perlawanan akhir UCL yang menyaksikan bintang Liverpool tersebut terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan bahu.
Jurgen Klopp menggambarkan tindakan Ramos itu sebagai "kejam dan tidak berhati perut" dengan membandingkan pertahanan tengah Sepanyol berkenaan bertindak seperti "ahli gusti".
Namun, Ramos membidas pengurus Liverpool itu dengan mencadangkan Klopp hanya mencipta alasan selepas gagal kali keenam untuk merangkul gelaran dalam tujuh percubaan.
"Saya tidak akan bercakap lebih lanjut mengenai Salah, pendapat setiap orang harus dihormati dan saya sudah memberikannya," kata Ramos.
"Saya tidak berniat untuk memegang tangan Mohamed Salah, malah dia yang menarik tangan saya, saya tidak akan menyakiti lawan.
"Klopp mahu mencari alasan terhadap kegagalan final itu tetapi hei, ia bukan kekalahan pertamanya.
"Saya telah mengundinya sebagai salah seorang yang terbaik tahun ini, jadi dia akan lebih tenang."