Skip to main content

Bola Sepak

Penjaring terbanyak Bundesliga: Aubameyang pintas Lewandowski pada hari terakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

21517pierreemerickaubameyang.jpg
Penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang, memintas pesaingnya dari Bayern Munich, Robert Lewandowski, untuk Torjagerkanone atau penjaring terbanyak pada hari terakhir saingan Bundesliga.

Bayern terlebih dahulu meraikan kejayaan menjuarai liga selepas menewaskan Freiburg 4-1 tetapi bintang Poland, Lewandowski, yang menjaringkan 30 gol gagal meraih trofi peribadi ketiga dalam empat musim penampilannya.

Aubameyang melonjakkan namanya selepas menemui sasaran pada setiap babak ketika Dortmund meraih kememangan 4-3 dalam aksi mendebarkan menentang Werder Bremen di tempat sendiri, semalam.

Skuad Thomas Tuchel itu yang dua kali ketinggalan, menyedari mereka memerlukan mata -- selepas aksi Hoffenheim dan Augsburg berakhir tanpa jaringan -- untuk mendapat tempat ketiga dan kelayakan automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Aubameyang memastikan kemaraan mereka apabila menyempurnakan sepakan penalti kedua Dortmund pada separuh masa kedua dengan berbaki satu minit masa sebenar.

Aubameyang mengumpul 31 jaringan dengan purata satu gol setiap 90 minit, dengan Lewandowski 93 minit untuk setiap gol bagi 30 jaringannya.

Penyerang Cologne, Anthony Modeste, menduduki tempat ketiga dengan 25 gol walaupun gagal menemui jaringan dalam kemenangan 2-0 pasukannya ke atas Mainz manakala penyerang RB Leipzig, Timo Werner, mengumpul 21 gol.

 

Advertisement

Must Watch Video