Penjaga Borussia Dortmund, Roman Burki, mengesahkan dia menggunakan khidmat jurulatih mental dan menggesa rakan senegaranya untuk melakukan perkara yang sama.
Burki telah bekerjasama dengan jurulatih itu sepanjang kariernya dan pemain berusia 27 tahun itu percaya ia telah membantunya dengan ketara.
Tonggak Switzerland berkenaan menegaskan kesihatan mental tidak seharusnya menjadi "pantang larang" dan menggalakkan rakan-rakannya yang lain untuk berbuat demikian.
"Bagi saya, ini bukan larangan," kata Burki kepada Eurosport.
"Saya bermula ketika saya berusia 16, 17 tahun dan pada masa itu, saya tidak tahu banyak tentangnya tetapi saya fikir tiada salahnya mencuba.
"Sukar untuk mengenali orang yang boleh membuatkan kita selesa untuk membuka mulut tetapi pemain harus menggunakan apa sahaja kaedah yang boleh membantu mereka.
"Anda mahu menjadi pemain yang konsisten. Saya telah menggunakan jurulatih mental sejak kecil dan itulah caranya."
Burki diletakkan sebagai benteng akhir dalam kedua-dua perlawanan kempen Bundesliga musim ini.