Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Pengurusan Perak tawar bayar 20 peratus daripada 6 bulan gaji tertunggak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak-fc.jpg
Perak mengangkat bendera putih dan tidak lagi mampu mengeluarkan belanja untuk skuad Yeop.

Tidak berselindung, Pengerusi Perak, Datuk Seri Azim Zabidi, mengesahkan baki akaun Sang Seladang hanya tinggal RM1 juta sahaja.

Itulah sumber kewangan yang tinggal untuk membayar hutang pemain dan jurulatih yang berhadapan dengan masalah tunggakan gaji sejak enam bulan lalu.

Dan ia jelas tidak mencukupi tetapi Azim tidak memiliki banyak pilihan selain menawarkan hanya 20 peratus sahaja tatkala jumlah hutang kelab Liga Super itu melebihi RM5j.

"Memang ramai yang merungut, mencaci dan mengata macam-macam tentang saya. 

"Tetapi pada akhirnya, itu sahaja yang kami ada walaupun menangis keluar air mata darah sekali pun. 

"Pelabur sedia ada tidak akan masukkan dana lagi untuk Perak kerana beranggapan RM40j sudah memadai. 



"Mereka sudah cukup rugi, sesen pun tidak dapat. Jadi (mereka) tidak mahu bayar lagi dah," katanya. 

Azim akui dengan perbelanjaan melebihi RM30j dalam tempoh tiga tahun, ia sedikit pun tidak memberikan pulangan kepada penaja utama, XOX.

Ucapan selamat tinggal hanya daripada pengurusan Perak, Azim tidak menafikan sedang merangka beberapa pertemuan dengan pihak yang berminat mengambil-alih pasukan berkenaan musim depan.

"Ada satu pihak, syarikat, yang telah berhubung dengan saya untuk menyatakan minat. 

"Kami sedia berbincang dan Insya-Allah akan mengadakan pertemuan pada minggu depan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video