REAL MADRID 3 VILLARREAL 2
Zinedine Zidane menegaskan keputusannya untuk menggugurkan Gareth Bale daripada kesebelasan utama Real Madrid sewaktu menewaskan Villarreal 3-2 di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi, bukanlah satu mesej buat penyerang kebangsaan Wales itu.
Bale terpinggir daripada skuad utama Madrid ketika penyerang utama, Karim Benzema, turut tidak dapat diturunkan kerana kecederaan.
Namun, Zidane lebih memilih untuk menurunkan Mariano Diaz, yang menjaringkan dua gol untuk membantu Los Blancos bangkit daripada kekalahan 0-1 kepada Rayo Vallecano dalam perlawanan terdahulu.
Manchester United dikhabarkan berminat untuk menandatangani Bale selepas tamat musim ini, namun Zidane secara berterusan enggan memberikan sebarang komen tentang masa depan pemain berusia 29 tahun itu di Santiago Bernabeu.
Ditanya mengapa dia memilih untuk menggugurkan Bale, Zidane terdiam sejenak sebelum memberikan penjelasan.
"Ia bukan satu mesej. Anda boleh menafsirnya seperti mana yang anda mahukan.
"Saya perlu menyenaraikan pemain dan ada antara mereka yang perlu digugurkan.
"Saya adalah jurulatih dan perlu menyenaraikan pemain. Itu sahaja," katanya.
Zidane turut memuji Mariano, yang menjaringkan tiga gol daripada tiga penampilannya sebagai kesebelasan utama Madrid musim ini.
"Sudah pasti dia tidak memperoleh banyak peluang kerana dia cedera untuk tempoh yang panjang.
"Namun, Mariano berpeluang untuk beraksi dan menjaringkan dua gol hari ini, jadi saya amat gembira.
Turut mendapat pujian Zidane adalah pemain tengah remaja, Brahim Diaz, yang bijak membaca peluang sebelum membantu jaringan pembukaan Mariano seawal minit kedua.
"Saya tidak mahu bercakap tentang musim depan tetapi mahu bercakap tentang Brahim.
"Saya gemar melihatnya meluru ke gawang lawan apabila mendapat bola.
"Dia sentiasa mencari ruang yang ada.
"Dan sewaktu jaringan pembukaan itu, dengan tekanan yang dia berikan selepas kehilangan bola, ia menjadikannya satu fenomena.
"Mereka kehilangan bola dan dia mendapatkannya.
"Saya amat gembira dengan prestasinya," tambahnya.