Revolusi Bolasepak Malaysia sudah bermula.
Tulisan ini mungkin mengundang pelbagai persepsi.
Ada akan berkata kaki kipas, kaki bodek dan banyak lagi kata kata tajam serta sinis menjurus ke arah negatif. Mungkin ada yang sependapat dengan saya. Ayuh kita bersama dalam Era Revolusi bolasepak Malaysia yang diilhamkan Tunku Mahkota Johor ini.
Kalau dilihat positif maka positif la jadinya namun jika negatif maka negatif la jadinya.
Terima kasih Tunku kerana mengambil langkah berani ini walaupun risikonya besar. Tunku telah buktikan di JDT apa sebenarnya Bolasepak khususnya pengurusan yang serba profesional.
Dan aksi Di Bukit Jalil sebanarnya menarik minat dua kelompok.
Kedua dua kelompok ini sudah bersiap sedia di media sosial. Masing masing dengan komen-komen yang sudah boleh diduga.
Kelompok pertama ialah yang membenci revolusi ini dan mahu ia gagal. Segala yang wangi dikata busuk. Berbicara tanpa memikirkan rasionalnya. Timbulah persepsi sinis pemain warisan tidak tahu menyanyi lagu kebangsaan. Tiada anak Malaysia kah di era ini dan kelompok ini jugalah yang masih bertanya bila Malaysia akan ke Piala Dunia dan macam macam lagi.
Kelompok kedua pula mereka yang terus bersama dalam revolusi ini.
Kelompok ini dilihat lebih memahami apa yang sedang berlaku dalam Dunia Bolasepak sebenar dan terus yakin dengan apa yang berlaku di Malaysia malahan di dunia secara keseluruhannya. Kelompok sangat realistik dan relevan.
Dalam arena bolasepak, tendangan penalti jauh lebih mudah berbanding melontar gol dari jarak jauh. Namun, angan-angan melontar gol dari jarak jauh tetap perlu digegarkan!
Dipendekkan cerita
Malaysia menang dengan Vietnam?
Ermmm yang jaringkan gol bukan orang Malaysia!
Kalau kalah pula,ini ke pemain warisan yang dibawa masuk?..Baik bagi pemain tempatan..
Bolasepak Malaysia nak apa sebenarnya?
Jadilah seperti padi, semakin tunduk semakin berisi,
semakin berilmu, semakin merendah diri
Jangan jadi seperti lalang, makin lama makin tinggi.
Akarnya mencengkam bumi, lintuk liuknya menyakitkan hati
Kepada Tunku Mahkota Johor
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Teruskan Revolusi yang bukan fantasi tetapi sebenarnya realiti.