Virgil van Dijk berasakan pengalaman Liverpool tewas dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) mampu melonjakkan mereka tahun ini.
Kecederaan Mohamed Salah dan kesilapan penjaga gol, Loris Karius, membenarkan Real Madrid merakam kejuaraan UCL buat kali ketiga di Kiev.
Tetapi Liverpool berpeluang untuk memadam kenangan pahit itu ketika berdepan Tottenham yang mengatasi Ajax awal pagi tadi.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mempamerkan kebangkitan di Anfield selepas menewaskan Barcelona 4-0 untuk melangkah ke final dengan agregat 4-3.
Dan Van Dijk berasakan kekecewaan di Kiev mampu membakar semangat The Reds apabila kembali ke final di Madrid, bulan depan.
"Saya berasakan pengalaman itu akan membantu kami," kata Van Dijk. "Tetapi berdepan Spurs menjanjikan perlawanan yang sukar.
"Kami akan berusaha untuk memenangi UCL musim ini. Tetapi anda tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku dalam final."
Dua jaringan daripada Divock Origi dan Georginio Wijnaldum menghantar Liverpool, yang beraksi tanpa Salah dan Roberto Firmino, ke final.
"Saya berasakan Origi mempamerkan aksi luar biasa, Xherdan Shaqiri pula berada dalam tahap yang berbeza. Semua pemain bersedia memberikan yang terbaik bagi memastikan kejayaan Liverpool."