Penyerang skuad Harimau Malaya, Shahrel Fikri Md Fauzi, mengakui pengalaman berkelana di luar negara membantu peningkatan prestasinya selepas muncul wira ketika berdepan Kemboja di Phnom Penh, kelmarin.
Shahrel Fikri mencetus sensasi apabila meledak satu gol dan mencipta dua peluang jaringan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Kemboja.
Ia dilakukan penyerang Nakhon Ratchasima itu dalam tempoh 30 minit sebagai pemain gantian, sekali gus membantu pasukannya bangkit menewaskan Kemboja 3-1.
Ternyata, pengalaman beraksi dalam liga kompetitif bersama kelab Liga 1 Thailand itu membantu pemain berusia 24 tahun itu berada dalam kelas yang berbeza.
"Pengalaman beraksi di luar negara serta motivasi yang diberikan oleh jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe, meningkatkan keyakinan saya," katanya.
Jaringan itu juga merupakan gol antarabangsa pertama dalam kariernya, namun bekas pemain PKNP FC ini enggan terlalu dibuai pujian apabila mengakui masih banyak yang perlu ditingkatkan untuk menjadi penyerang nombor satu negara.
"Bagi saya, itu semua adalah atas usaha saya dan saya mengikut setiap arahan yang diberikan oleh jurulatih, sama ada beraksi sebagai pemain gantian atau dalam kesebelasan utama."