Frenkie de Jong percaya Ajax berhak melangkah ke final Liga Juara-Juara (UCL) sambil melabel perjalanan mereka berakhir dengan pengakhiran yang mengecewakan.
Ajax bolos dengan jaringan dramatik pada minit ke-96 ketika berdepan Tottenham, yang merakamkan kemenangan 3-2 untuk melangkah ke final secara agregat 3-3 dan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Selepas menyingkirkan Real Madrid dan Juventus untuk ke separuh akhir, Ajax kelihatan di landasan untuk ke final buat kali pertama sejak 1996 hasil jaringan kapten pasukan, Matthijs de Ligt dan Hakim Ziyech.
De Ligt dan Ziyech menjaringkan gol dalam separuh masa pertama untuk meletakkan Ajax mendahului 2-0 dan 3-0 secara agregat sebelum Lucas Moura meledak hatrik dalam separuh masa kedua bagi meleburkan harapan Ajax.
Bercakap mengenai perlawanan itu, De Jong -– yang dijangka akan menyertai Barcelona penghujung musim ini -- berkata, "Saya berasakan kami berhak ke final berdasarkan persembahan kami dalam kejohanan ini dan dalam separuh masa pertama perlawanan ini. Tetapi Spurs turut berhak untuk ke final berdasarkan persembahan mereka dalam separuh masa kedua.
"Saya berasakan semua orang menikmati apa yang kami persembahkan dalam UCL musim ini. Ia adalah seperti kisah dongeng tetapi ia diakhiri dengan kekecewaan.
"Kami telah membuktikan kebolehan kami. Tetapi dalam separuh masa kedua, mereka menghadirkan banyak masalah. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut kami gagal meraih kemenangan di laman sendiri.
"Kami cuba bermain dengan cara yang sama. Dan jika kami mengekalkan persembahan dalam separuh masa pertama, kami mampu melakar kemenangan."
Bintang Ajax, Ziyech, menggegar palang gol dalam separuh masa kedua sebelum Lucas meledak gol kemenangan buat Spurs pada minit keenam masa kecederaan.
"Kekalahan ini amat mengecewakan kami," kata Ziyech.
"Kami menyedari peralwanan menjadi sukar selepas lawan meledak 2-2 tetapi kami memiliki peluang. Saya hampir menjaringkan gol tetapi hanya terkena palang gol. Kekalahan ini amat mengecewakan."