Skip to main content

Bola Sepak

Pengadil terkenal diberkas dalam serbuan parti liar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ngadil.jpg
Pengadil terkenal Liga Juara-Juara (UCL), Slavko Vincic, mempunyai rekod pernah ditangkap ketika serbuan pada 2020 apabila tanpa disedari dia menghadiri sebuah parti liar.

Sebelum ini pengadil berusia 45 tahun itu berada di Bosnia atas urusan perniagaan, namun tidak menyedari berada di lokasi yang salah.

Pihak Polis menahan 35 orang termasuk beberapa ahli kongsi gelap selain merampas dadah jenis kokain, pistol dengan Vincic bebas daripada sebarang tuduhan selepas disoal siasat sebagai saksi.

 


"Saya sedang makan tengah hari atas urusan perniagaan, tiba-tiba polis tiba. Saya kesal dan saya tiada kaitan dengan kumpulan itu." katanya.

Untuk rekod, dia kembali sebagai pengadil dalam perlawanan akhir UCL musim lalu, dengan baru-baru ini dia mengadili perlawanan separuh akhir pertama antara Paris Saint-Germain dan Arsenal.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video