PARMA 1 JUVENTUS 2
Massimiliano Allegri berasakan masih banyak lagi kerja rumah untuk Juventus selepas merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Parma, awal pagi tadi.
Juara bertahan itu melakar kemenangan ketiga Serie A dalam tiga aksi terawal, namun mereka dipaksa bermandi keringat oleh pasukan bimbingan Roberto D'Aversa itu yang baru naik pangkat.
Sementara itu, ketua jurulatih, Allegri, puas dengan kemenangan itu yang pada pendapatnya sememangnya layak kerana dia tahu Juventus akan terus bertambah baik setelah rehat antarabangsa yang akan datang.
"Pasukan ini sangat bagus. Parma merupakan tempat yang sukar untuk kami harungi -- kami hanya menang sekali daripada lima lawatan terakhir kami di sana," katanya kepada DAZN.
"Parma berjuang untuk bertahan, mereka sangat teratur dan berbahaya dengan serangan balas tetapi mereka kehabisan tenaga pada penghujung permainan. Kami berhak untuk menang, namun kami mempunyai lebih banyak kerja untuk dilaksanakan.
"Kami sepatutnya lebih bersabar ketika kami menguasai permainan dalam babak pertama."
Di samping itu, selepas tampil di laman sendiri menentang Lazio, Allegri menyeru peminat supaya bersabar dengan Cristiano Ronaldo yang sedang menyesuaikan diri dalam kancah Serie A.
"Terdapat kesukaran yang berbeza terhadap penyerang yang perlu menyesuaikan diri dengan Serie A," katanya. "(Ronaldo) memperagakan permainan yang baik secara keseluruhannya.
"Saya gembira dengan apa yang dia lakukan dan rehat antarabangsa akan membantu kami menjadi lebih tajam."
Setakat ini, Mario Mandzukic mengalahkan rakan sepasukannya itu dengan membutirkan satu gol dan membekalkan satu bantuan gol, dan jurulatih itu berkata mengenai masa depannya: "Mandzukic selalu mengagumkan tetapi saya juga tidak mengharapkan dia berada dalam keadaan yang baik selepas Piala Dunia."