Skip to main content

Bola Sepak

Penang ukur baju di badan sendiri sebelum beli pemain import

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akmal-rizal.jpg
Ketua Jurulatih Penang, Akmal Rizal Rakhli, tidak menolak kemungkinan bakal menandatangani seorang lagi pemain import di barisan tengah sebagai perancang utama pasukan pada saingan Liga Super Malaysia (MFL), musim ini.

Bagaimanapun, keputusan itu bergantung sepenuhnya akan persetujuan bersama di antara kedua-dua pihak yang membabitkan pengurusan kelab khususnya dalam meletakkan tanda harga bagi mengelak masalah tunggakan gaji.

Dia masih lagi konsisten mengekalkan DNA Brazil sebagai pilihan utama bagi mempersiapkan pasukan dari utara tanah air itu dan ketika ini pasukan Penang sudah memiliki dua pemain import kelahiran Brazil iaitu Rafael Vitor dan Rodrigo Dias.

"Kini saya memerlukan pemain import di bahagian tengah sebagai perancang utama bagi menggerakkan bahagian serangan dalam pasukan.

"Kita bukan seperti pasukan lain yang mampu untuk berbelanja membeli lebih daripada lima pemain import tetapi kami lebih kepada mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.

"Kami hanya mahu mendapatkan tiga pemain import sahaja setakat ini tetapi tidak menolak kemungkinan akan ada pemain import keempat ataupun lebih sebelum jendela perpindahan ditutup." katanya.

Advertisement

Must Watch Video