Skip to main content

Bola Sepak

Penang FC rehatkan Chong Yee Fatt, Manzoor Azwira

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang-rehat-jurulatih.jpg
Penang FC merehatkan ketua jurulatih, Chong Yee Fatt, dan penolong jurulatih, Manzoor Azwira Abdul Wahid, sehingga penghujung musim ini, demikian diumumkan kelab itu dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut kenyataan berkenaan, keputusan itu dibuat susulan kegagalan skuad Harimau Kumbang itu melayakkan diri ke final Piala Cabaran MFL dan prestasi membimbangkan dalam Liga Super.

Dengan keputusan itu, Akmal Rizal Ahmad Rakhli akan bertindak sebagai ketua jurulatih sementara bagi baki tiga perlawanan Liga Super musim ini.

Sebagai rekod, Penang akan bertemu Sri Pahang FC pada 26 November ini sebelum bertemu Terengganu FC pada 3 Disember depan dan akan menamatkan musim dengan bertandang ke laman Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 17 Disember depan.

 

Advertisement

Must Watch Video