Skip to main content

Bola Sepak

Penang cari ramuan tidak bergantung kudrat Endrick, Casagrande

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang-fc.jpg
Penang mahu menggunakan kesempatan dalam Kejohanan Empat Penjuru di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebagai medan terbaik untuk mengetengahkan strategi bersesuaian dengan barisan anak buahnya. 

Keputusan memberangsangkan bukan keutamaannya ketika ini menjelang perlawanan pembukaan Liga Super ketika bertandang ke juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), 4 Mac depan. 

"Kami sedang cuba mencapai kesefahaman dan mencari gandingan pemain terbaik. 

"Sudah tentu kami mahu memenangi setiap perlawanan seperti kancah dalam liga. 

"Ia satu motivasi yang baik jadi inilah matlamatnya," kata Tomas Trucha sebelum seri 1-1 dengan tuan rumah, Terengganu, sebentar tadi.





Mereka akan berdepan Sri Pahang, Isnin ini, sebelum menutup kempen bertemu kelab Liga Perdana, Terengganu II, dua hari kemudian. 

Ketua jurulatihnya dari Republik Czech itu enggan melatah apabila kehilangan besar tonggak utama musim lalu yang mungkin memberi kesan untuk mereka setidak-tidaknya mengulangi kejayaan meraih tangga ketiga Liga Super musim lalu. 

Dengan formasi pilihannya itu kelak, tugas untuk menggempur gawang lawan tidak lagi akan terlalu bergantung kepada ketua pasukan, Endrick D.Santos, dan Casagrande.

"Kami kehilangan 10 pemain utama musim lalu termasuk penjaga gol. 

"Tapi masih ada beberapa pemain tempatan yang kekal jadi selebihnya terserah kepada saya untuk menurunkan mereka. 

"Ini tempoh terbaik untuk mempersiapkan pasukan jadi ia tidak seharusnya menjadi alasan, sebab itu kami menyertai kejohanan ujian seperti ini. 

"Beberapa perlawanan terakhir menyaksikan jaringan kami disumbangkan oleh pertahanan. 

"Oleh itu kami mampu menjaringkan gol dari pelbagai posisi," katanya lagi. 

 

Advertisement

Must Watch Video