Skip to main content

Bola Sepak

AS penanda aras, namun England akan kejar -- Neville

phil-neville-and-alex-morgan.jpg
Amerika Syarikat (AS) menewaskan England untuk kembali ke final Piala Dunia Wanita, namun pengurus The Lionesses, Phil Neville, bersedia untuk mengecilkan jurang itu.

England tersingkir buat kali ketiga berturut-turut di peringkat separuh akhir selepas juara bertahan, AS, meraih kemenangan 2-1 di Lyon, awal pagi tadi.

Ia membolehkan skuad kendalian Jill Ellis itu -- yang turun tanpa Megan Rapinoe gara-gara kecederaan -- mara ke final ketiga berturut-turut.

Pengganti Rapinoe, Christen Press, menanduk masuk gol pembukaan dan walaupun Ellen White kembali menyamakan kedudukan, Alex Morgan menjaringkan gol kemenangan sebelum sepakan penalti Steph Houghton diselamatkan penjaga gol AS, Alyssa Naeher.

Pemain AS kini boleh berpindah masuk ke hotel pasukan England seperti yang dilakukan mereka dalam kontroversi sebelum perlawanan separuh akhir itu, namun Neville memberikan amaran bahawa mereka tidak akan kekal lama di atas sepertimana bekas pasukannya, Manchester United, yang kian bergelut selepas persaraan Alex Ferguson pada 2013.

"Mereka kini boleh mengambil hotel kami," katanya sebagai satu gurauan.

"Mereka merupakan penanda aras. Saya pernah beraksi dengan kelab bola sepak yang sentiasa di atas.

"Kami merupakan pasukan di mana setiap pasukan lain mahu mengejar kami.

"Akhirnya, pasukan-pasukan lain kini sudah menandingi Manchester United dan kami juga akan mengejar AS.

"Buat masa ini, mereka pasukan terbaik disebabkan mentaliti kemenangan seperti itu.

"Kami akan berada di sana, kami akan mengecilkan jurang itu.

"Kami perlu meneruskan pelaburan dalam perjalanan kami, meningkatkan standard liga kami dan pemain muda.

"Kami perlu mengekalkan kejayaan dan terus membina momentum yang kami ada.

"Amerika mempunyai mentaliti kemenangan untuk mengetahui apa maksud sebenar kemenangan.

"Kami akan memperolehnya, mempelajarinya, mengembangkannya dan berlatih mengenainya setiap hari.

"Ia tidak boleh dilakukan semalaman, ia memerlukan masa. Kami akan sampai ke tahap itu," katanya.

Advertisement

Must Watch Video