Skip to main content

Bola Sepak

Penampilan bekas pemain Selangor -- Evan Dimas buat peminat bimbang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

evan-dimas.jpg
Bekas tonggak import Selangor, Evan Dimas, mengundang kegusaran ramai berikutan penampilannya terbarunya menerusi sebuh video di laman sosial Tiktok. 

Pemilik akaun, Rapiiieee, memuat naik sebuah video dengan bekas pemain tengah Indonesia itu yang memakai t-shirt hitam kelihatan cengkung dalam rakaman itu. 

Karier Evan yang kerap ditugaskan merencana permainan dari bahagian tengah merundum sejak menerima terjahan pemain Vietnam ke atas pergelangan kakinya dalam final Sukan SEA 2019.

Sejak dilepaskan kelab tempatan, Persik Kediri, pada awal tahun ini, Evan belum menerima tawaran mana-mana tawaran baru.

Begitupun, ia memberi ruang kepada Evan untuk menurunkan ilmu kepada pemain cilik di sana. 

Dia kini giat menerapkan falsafah corak permainan bersih dan memberi tunjuk ajar kepada pemain muda agar menjauhi taktik kasar. 

 
 
 

Advertisement

Must Watch Video