ITALI 1 POLAND 1
Jorginho menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-78 untuk membolehkan Itali mengikat Poland 1-1 dalam aksi Liga A, Kumpulan 3, Liga Negara-Negara UEFA di laman sendiri, awal pagi tadi.
Pelawat, yang memulakan aksi pertama di bawah bimbingan Jerzy Brzeczek sejak disingkirkan daripada peringkat kumpulan Piala Dunia, Jun lalu, berada di depan ketika permainan berbaki lima minit dalam babak pertama menerusi Piotr Zielinski.
Pemain tengah Chelsea, Jorginho, melakukan kesilapan dalam hantaran sehingga mencetuskan gol pembukaan Poland, namun menebusnya dengan jaringan penyamaan dalam babak kedua.
Ia merupakan penampilan yang tidak meyakinkan daripada Itali tatkala pengendali, Roberto Mancini, meneruskan usaha untuk memulihkan semangat gergasi Eropah itu yang gagal mara ke Piala Dunia 2018.
Gianluigi Donnarumma tampak serius dalam usaha untuk mengesahkan kedudukan selaku penjaga gol nombor satu Azzurri menggantikan Gianluigi Buffon apabila menafikan dua percubaan Zielinski dan Grzegorz Krychowiak dalam setengah jam pertama perlawanan.
Sepakan gol yang buruk daripada Lukasz Fabianski memberikan peluang terbuka buat Itali pada minit ke-37 tetapi Federico Bernardeschi sekadar melepaskan rembatan tersasar.
Mancini menyaksikan anak-anak buahnya mensia-siakan penguasaan apabila Jorginho melepaskan bola kepada lawan dan rakan sepasukannya ketika bersama Napoli, Zielinski, pantas menggunakan kesempatan itu dengan melepaskan rembatan voli hasil daripada hantaran lintang Robert Lewandowski.
Lewandowski seharusnya menambah jaringan jika dia menyempurnakan umpanan Jakub Blaszczykowski dari sebelah kanan pada awal babak kedua tatkala pemain gantian, Giacomo Bonaventura, menyalakan harapan buat Itali.
Pemain tengah AC Milan itu bijak memperdayakan Fabianski tetapi percubaan jarak dekatnya sedikit tersasar.
Seorang lagi pemain gantian, Federico Chiesa, akhirnya membutirkan sepakan penalti buat Azzurri bagi mendapatkan gol penyamaan.
Blaszczykowski dilihat cuba untuk mendapatkan bola, namun layangan kad kuning sebelum itu menyebabkan dia sekadar menghadiahkan penalti buat lawan dan Jorginho tenang menyamakan kedudukan buat Itali.