Skip to main content

Peminat mahu Cklamovski wajib panggil dua bekas pemain JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hm.jpg
Peningkatan prestasi yang ditampilkan Akhyar Rashid dan Ramadhan Saifullah Usman wajar dipertimbangkan untuk mewakili Harimau Malaya menjelang perlawanan seterusnya Kelayakan Piala Asia 2027, Oktober ini. 

Kelincahan dua bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bermain di bahagian sayap menjadi nadi utama pasukan masing-masing, ketika ini. 

Tonggak Kuching City itu sudah menjaringkan sembilan gol bersama kelab tersebut sejak musim lalu, dan merupakan individu penting untuk Aidil Sharin Sahak mempertaruhkan bakatnya di atas padang. 

Sementara Akhyar kerap membantu Terengganu dengan gerakan berbahaya serta menawarkan bantuan jaringan kepada penyerang. 

 

Namun, difahamkan khidmat Akhyar Rashid terpaksa dilupakan susulan dia akan berehat selama empat minggu akibat kecederaan yang dialami.

Meninjau media sosial, rata-rata peminat bersetuju bahawa Ramadhan dan Akhyar perlu diberi peluang untuk beraksi bersama skuad kebangsaan dan menambah pilihan pemain buat ketua jurulatih, Peter Cklamovski. 

Skuad negara dijadual bertemu Laos dua kali dalam perlawanan seterusnya Kelayakan Piala Asia 2027 bermula dengan aksi pertama pada 9 Oktober hadapan disusuli perlawanan kedua pada 14 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video