Skuad futsal Selangor merangkul kejuaraan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2026 selepas menewaskan Pahang Rangers dalam perlawanan akhir kedua di Kompleks Belia Dan Sukan Selangor Shah Alam malam tadi.
Pemain kebangsaan, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan, dan Marlon Oliviera menjadi wira Gergasi Merah apabila menyumbat masuk gol kemenangan 2-1 pada masa tambahan untuk tuan rumah berpesta menafikan tentangan pihak lawan di tempat sendiri.
Terdahulu, skuad kendalian Edgar Baldasso berjaya menyamakan kemenangan dalam aksi final kedua 5-2 tatkala Pahang Rangers hadir dengan kemenangan pertama 3-4 di Kuantan, Pahang minggu lalu sebelum disudahkan dalam masa tambahan semalam.
Selangor juara MPFL 2026 🔴🟡🏆 @ASTROARENA https://t.co/DpomzXgPW0
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) October 31, 2026
Untuk rekod, Selangor memenangi 19 daripada 20 perlawanan mereka pada musim ini.
Satu-satunya kekalahan berlaku pada perlawanan akhir pertama di Kuantan, selepas mencatat 16 kemenangan berturut-turut sepanjang musim yang menyaksikan mereka menduduki puncak carta dengan kelebihan 8 mata.
Juara bertahan musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT), tidak berjaya ke final musim ini susulan tewas kepada Pahang Rangers, namun mengakhiri saingan liga di tempat kedua.