ATLETICO MADRID 1 GRANADA 0
Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone, memuji peningkatan pasukannya selepas menamatkan rentetan lima perlawanan tanpa kemenangan dengan menewaskan Granada 1-0 dan memberikan penghargaan kepada peminat yang mencetuskan rasa tanggungjawab dalam diri anak buahnya.
Awal pagi tadi, Atletico naik ke tangga keempat LaLiga selepas jaringan Angel Correa pada minit keenam melengkapkan aksi menghiburkan di Wanda Metropolitano itu tatkala skuad kendalian Simeone itu perlu melupakan keputusan sebelum ini.
Kemenangan itu merupakan yang pertama diraih Rojiblancos dalam enam perlawanan bagi semua kejohanan dan persembahan bertenaga dalam babak pertama jelas membuatkan Simeone teruja.
"Dalam aksi liga kebelakangan ini, kami gagal tampilkan aksi dan kemampuan sebenar," katanya.
"Terdapat banyak beban untuk aksi ini tetapi pemain menyelesaikannya dan saya sangat gembira.
"Impak daripada peminat sangat besar, mereka menghadirkan tanggungjawab buat anda, keperluan untuk melibatkan diri.
"Kami sedang berusaha dan akan meningkat sedikit demi sedikit."
Simeone menyaksikan Koke mempamerkan aksi mantap di belakang dua penyerang utama tatkala perlawanan awal pagi tadi menjadi penampilan pertama pemain tengah itu sejak mengalami masalah kecederaan paha Disember lalu.
Koke mencipta bantuan jaringan buat gol Correa dan berganding hebat bersama Saul Niguez di sepanjang perlawanan selepas barisan serangan Atletico tampak tumpul kebelakangan ini sehingga mencetuskan tekanan.
"Ya, saya gembira dengan Koke dan seluruh pasukan," tambah Simeone.
"Kami pantas dalam 25 minit pertama, bermula dengan baik, memberi tekanan dan membuatkan lawan menghadapi cabaran sukar tetapi kami berundur dan mereka mula mencipta gerakan.
"Granada adalah pasukan yang bagus, mereka mempamerkannya apabila mara ke separuh akhir Copa del Rey dan mereka memberikan kami tentangan sehingga tamat perlawanan.
"Apabila anda perlukan kemenangan, waktu terasa sangat perlahan."
Editor: Nafis Abdullah