Saham Liga Malaysia tidak terjejas walaupun dipalit dengan isu tangkapan bekas pemilik kelab Kuantan FA dan Marcerra United akibat isu tunggakan gaji.
Pemerhati bola sepak negara, Sadek Mustaffa, percaya malaysia tetap menjadi destinasi pilihan pemain import demi kelangsungan karier masing-masing.
Arena bola sepak negara dikejutkan dengan bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra Cnited jadi bekas pemilik kelab pertama digari dan dipenjara.
Individu yang bergelar datuk berusia lingkungan 50 tahun itu didakwa ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan gaji berjumlah RM1.4 juta.
Kes berkenaan tampak mencemarkan imej bola sepak Malaysia sekaligus mengundang tanda tanya mengenai nilai Liga Malaysia di mata pemain asing.
"Pemain import memiliki ruang untuk bertanya mengenai kelab yang bakal disertai," katanya menerusi Nadi Arena.
Tangkapan berkenaan jelas jadi satu mesej jelas bahawa isu tunggakan gaji pemain tidak lagi boleh dipandang enteng oleh mana-mana pasukan.
Ketika ini, bekas pemilik kelab melaka dan kelantan antara nama yang 'panas' susulan dikatakan belum menyelesaikan kemelut berkenaan.
"Ini adalah cabaran yang perlu diurus MFL yang diterajui tampuk kepimpinan yang baru."
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli ketika ditemubual oleh Nadi Arena mengenai isu tindakan mahkamah yang dikenakan terhadap bekas pemilik kelab Kuantan FA dan Marcerra United memberikan gambaran jelas kepada semua pihak yang berkaitan untuk ambil pengajaran juga iktibar agar lebih berhati-hati di masa akan datang.
"Kami berharap dengan apa yang telah berlaku menjadi pengajaran. Memastikan setiap arahan mahkamah perlu diikuti bagi mengelak daripada sebarang apa yang berlaku," katanya.