Teka-teki mengenai siapa bakal menerajui Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) akhirnya terjawab apabila bekas setiausaha agung persatuan berkenaan, Alijus Sipil, dipilih sebagai presiden baru.
Selepas khabar angin tersebar mengatakan beliau bakal menarik diri daripada bertanding, malam tadi, Alijus membuat kejutan apabila menghadiri pemilihan sempena kongres tahunan persatuan itu di Kota Kinabalu, pagi tadi.
Kehadiran beliau itu jelas mendapat sambutan baik daripada kebanyakan perwakilan sehinggakan beliau mendapat undian tertinggi, iaitu sebanyak 39 undi, manakala pencabarnya, Datuk Yusoff Kasim, memperoleh 13 undi.
Ketika ditemui, Alijus berkata beliau terharu dengan sokongan yang diberikan kepadanya dan berjanji akan melaksanakan tugas sebagai presiden dengan sebaik mungkin.
"Memang kami gembira (dengan kemenangan ini) tetapi ini juga satu tanggungjawab yang berat dan saya harap semua yang terpilih pada hari ini, termasuk juga yang masih kekal, akan bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan bola sepak di negeri ini terus maju.
"Saya juga ingin menegaskan sekiranya saya tidak dapat melaksanakan tugas sebagai presiden dengan baik, saya rela mengundur diri, kami tidak perlu tunggu sampai empat tahun lagi.
"Namun, apa yang penting sekarang kami kena melihat ke depan dan memastikan SAFA serta bola sepak Sabah terus maju," katanya.
Dalam perkembangan sama, ahli perniagaan, Hamid Apdal, yang juga adik kepada Ketua Menteri Sabah serta Datuk Rahman Zakaria masing-masing dipilih sebagai timbalan presiden selepas mendapat undian tertinggi, iaitu sebanyak 48 dan 27 undi.
Mereka menewaskan dua pencabar lain, iaitu bekas pemain kebangsaan, Datuk James Wong, yang mendapat 12 undi serta Fredoline Penggo yang memperolehi 10 undi.
Pengurus Sang Badak, Datuk Juil Nuatim serta Mohd Ismail Ayub, pula dipilih bagi mengisi dua jawatan naib presiden yang dikosongkan sebelum ini apabila masing-masing mendapat sebanyak 39 dan 21 undi.
Sementara itu, dua lagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang dipertandingkan dalam pemilihan hari ini menyaksikan ia dimenangi Jackson Taguah yang mendapat 20 undi serta Fadli Juanas yang memperoleh 16 undi.
Pemilihan kali ini menyaksikan kehadiran 52 perwakilan daripada 26 gabungan SAFA daerah yang layak untuk mengundi.
Terdahulu, kongres tahunan SAFA itu dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon, yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal.