Peluang Perak dan Sri Pahang untuk kekal dalam Liga Super dilihat tipis andai tiada bantuan daripada syarikat kerajaan.
Dan berdasarkan senario itu, bekas Pengurus Selangor, Zakaria Rahim, berpendapat enam pasukan sahaja sedia untuk beraksi berdasarkan kewangan pasukan membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor, Terengganu, Penang, Kuching City dan Negeri Sembilan.
Namun, Zakaria beranggapan peranan penganjur liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), boleh mengatasi dilema semasa ini dengan meringankan beban kewangan kelab tempatan.
"Kenyataan daripada pengerusi Perak yang mengatakan bahawa RM40 juta habis dalam tiga tahun akan menakutkan syarikat swasta.
"Tiada jalan lain, syarikat kerajaan -- bukan wang kerajaan tapi wang syarikat kerajaan -- perlu membantu kelab seperti Perak dan Sri Pahang.
"Kalau tidak dibantu maka memang tutup kedailah jawabnya.
"Saya simpati dengan nasib penyokong Perak dan Sri Pahang. Untuk pastikan liga ini terus hidup pada masa depan dan pasukan yang banyak, MFL kena kendurkan syaratnya.
"Pasukan utama boleh dikendalikan oleh kelab tapi pasukan pembangunan seperti pasukan B-20, B-18 dikendalikan organisasi ataupun entiti yang berlandaskan kerajaan.
"Lagipun mereka adalah pasukan pembangunan, bermain dalam Liga FAM, bukannya MFL," katanya di Nadi Arena.