Pembantu jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Ramiro Gonzalez, melengkapkan program kejurulatihan di Real Madrid Graduate School.

Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu mengucapkan tahniah kepada jurulatih berusia 43 tahun itu selepas melengkapkan program Master's in Football Management and Methodologies of the Game di Madrid.





Dia meraih kecemerlangan akademik serta mempunyai rekod penglibatan yang aktif dan telah menghadiri majlis graduasi di Stadium Santiago Bernebeu pada Selasa lepas.

Kejayaan pembantu jurulatih ini semestinya akan menjadi nilai tambah yang positif buat JDT untuk terus meraih kecemerlangan dalam sukan bola sepak pada masa akan datang.