Rangkaian yang kukuh dalam industri bola sepak jadi elemen utama buat Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend, mengenalpasti pemain warisan terbaik di luar negara.
Bekas pemain Kanada itu percaya kehadiran pemain warisan dapat memberi nilai tambah kepada skuad kebangsaan untuk lebih berdaya saing bagi melunaskan misi layak ke Piala Asia 2027.
"Kita harus melihat pemain mana yang tersedia namun harus kita bersifat realistik, tidak semua pemain memiliki warisan dengan Malaysia," katanya menerusi Nadi Arena.
"Kita juga harus memiliki perancangan jangka masa panjang, kami telah mengenal pasti tujuh hingga lapan pemain warisan. Kami berharap dapat mengumumkan beberapa pemain dalam masa terdekat.
"Kemudian kami akan memasuki strategi seterusnya. Kunci atas usaha ini adalah rangkaian yang saya miliki di beberapa liga Eropah sementara beberapa lagi individu yang terlibat bagi melaksana usaha ini.
"Mereka bukanlah jawapan buat Malaysia tetapi akan meningkatkan kekuatan pasukan negara. Mereka akan membawa mentaliti yang berbeza dan menjadi suntikan buat pemain sedia ada untuk mempamerkan permainan yang lebih baik."

Networking jadi elemen utama buat CEO Harimau Malaya, Rob Friend mengenalpasti pemain warisan negara. ????@ASTROARENA pic.twitter.com/Kg01FD7nFL
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 14, 2025