Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub, mengesahkan bahawa Stanley Bernard kini bertindak selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya serta Zulfadli Rozi yang diberikan peranan selaku Pengurus Harimau Malaya.
"Sah dia menjadi teknikal director Harimau Malaya, Standley sebagai timbalan CEO kepada Rock Friend dan Rozi sebagai pengurus Harimau Malaya." katanya.
Sementara itu, dia turut memaklumkan pihaknya tidak dapat melepaskan dua pemain iaitu Sergio Aguero dan Dominic Tan untuk mewakili pasukan Asean All-Stars bertemu Manchester United pada siri jelajah Asia kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Ini berikutan kedua-dua pemain tersebut terlibat dengan komitmen skuad kebangsaan yang dalam persiapan menentang Vietnam pada 10 Jun bagi kempen Kelayakan Piala Asia 2027.
Dia turut mengesahkan badan induk itu telah kemukakan senarai nama cadangan pemain baru kepada Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) bagi menggantikan Aguero dan Dominic untuk menghadapi perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei depan.
"AFF ada buat permohonan untuk tiga pemain negara yang sedia ada untuk bermain tetapi kerana terhad dengan masa dan aksi berdepan Vietnam , hanya satu dan dua pemain lagi tidak dapat pelepasan.
"Namun kita sudah mencadangkan nama lain bertaraf pemain kebangsaan juga, untuk Aguero dan Dominic mereka dalam persiapan." katanya.