Kekuatan di semua bahagian dan ketajaman bahagian serangan Johor Darul Ta’zim selaku juara bertahan sembilan kali berturut-turut Liga Super tidak boleh di sangkal sama sekali setelah berjaya menewaskan Perak dengan jaringan yang besar.
Perkara itu tidak dinafikan oleh pengendali The Bos Gaurus, Dato Lim Teong Kim sendiri semasa di wawancara oleh wartawan selepas perlawanan dan kemenangan ini juga merupakan kemenangan ke enam berturut-turut di cipta Harimau Selatan dengan jaringan melebihi tiga gol selepas skuad kendalian Estifan Scolari mengatasi Terengganu pada perlawanan pembukaan Liga Super.
Daripada rentetan jumlah jaringan yang di cipta Harimau Selatan itu ia telah meletakkan juara bertahan Liga Super itu sebagai sebuah pasukan yang berjaya mengumpul jaringan yang terbanyak setakat ini dalam Liga Super dengan tiga puluh jaringan dan ini juga merupakan satu lagi catatan baru yang di cipta Harimau Selatan dalam Liga Malaysia. Ini telah menunjukkan skuad yang dimiliki Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu sukar untuk di kekang kerana mereka memiliki ramai pemain-pemain yang boleh melakukan jaringan.
Kita boleh melihat bukan sahaja pemain penyerang mereka sahaja tetapi pemain midfield dan pertahanan mereka juga boleh melakukan jaringan. Itulah yang membuatkan semua jurulatih dalam Liga Super musim bingung memikirkan bagaimama strategi yang terbaik untuk mengekang setiap gerakan serangan Harimau Selatan itu. Ia termasuklah dengan Lim Teong Kim apabila anak didik berhadapan dengan pemain-pemain JDT yang begitu kreatif dan mempunyai sifat keinginan yang tinggi dalam memburu kemenangan.
Atas faktor itu yang membuatkan pemain-pemain Perak hilang arah sehingga banyak melakukan kesilapan dan tidak mampu menggekalkan disiplin bertahan mereka dalam sehingga betuk segi empat dan rantaian hubungan di antara setiap bahagian bercelaru sehingga memberi ruang kepada pemain-pemain Harimau Selatan memdominasi permainan. Ini sebenarnya pengalaman yang berguna untuk pemain-pemain muda Perak terutamanya untuk terus meningkatkan kemampuan diri mereka kemudian hari. Begitu juga dengan pengendali The Bos Gaurus, Lim Teong Kim untuk lebih tenang apabila menghadapi kekalahan dengan pasukan yang lebih kuat.