Skip to main content

Bola Sepak

Pemain Panama rai kemenangan bersama Thierry Henry usai benam USA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

henry.jpg
Jaringan dalam minit kecederaan yang memberikan perasaan duka buat Amerika Syarikat (USA) yang beraksi di laman keramat mereka dalam perlawanan separuh akhir Piala Negara-Negara Concacaf, awal pagi tadi.

Aksi separuh akhir Liga Negara-Negara Concacaf itu menyaksikan Panama melakar kejutan dengan membenam USA  dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Cecilio Waterman pada minit akhir.

Jaringan Cecillio Waterman pada penghujung masa kecederaan memberi Panama satu cahaya untuk merebut kejuaraan itu dengan ironinya momen kemenangan itu menyaksikan pemain-pemain Panama meraikan jaringan bersama pemain legenda Perancis, Thierry Henry.

Riak wajah Henry kelihatan terkejut pada awalnya, namun dia tampak gembira dan turut meraikan momen itu bersama pemain Panama.

Untuk rekod, Mexico bakal menjadi medan ujian terakhir Panama untuk merebut piala itu mada pada 24 Mac nanti.

Advertisement

Must Watch Video