Skip to main content

Bola Sepak

Pemain paling kaya di dunia bakal warnai Liga Malaysia?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faiq-bokiah.jpg
DPMM FC dari Brunei menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain terkaya dunia, Faiq Bolkiah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Menerusi kenyataan rasmi kelab itu, DPMM FC merancang untuk membawa masuk pemain berusia 27 tahun itu sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka pada Januari depan.

“Faiq Bolkiah akan dilepaskan oleh pasukannya ketika ini, Ratchaburi FC daripada Liga 1 Thailand.

“Bermula musim 2022/23, beliau tampil dalam 19 perlawanan bersama Chonburi FC sebelum berpindah ke Ratchaburi pada musim 2023/24.

“Namun beliau hanya boleh diikat untuk perpindahan pada Januari nanti ketika jendela perpindahan seterusnya,” kata kenyataan itu.

Faiq merupakan anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang juga antara individu terkaya di dunia.

Menurut laporan media antarabangsa, Faiq dianggarkan memiliki kekayaan sebanyak AS$20 bilion dan dikatakan berkali ganda lebih banyak berbanding gabungan kekayaan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Faiq memulakan perjalanan bola sepaknya bersama pasukan remaja Newbury sebelum berpindah ke akademi Southampton, Chelsea dan Leicester City.

Beliau kemudiannya menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Marítimo pada tahun 2020 tetapi hanya membuat satu penampilan bersama pasukan bawah 23 tahun kelab itu.

Selepas itu, beliau berpindah ke Thailand bersama Chonburi sebelum menyertai Ratchaburi pada tahun 2023.-Sinar

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video