Skip to main content

Bola Sepak

Pemain muda Bayern Munich diarah habiskan sekolah dulu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wisdom-mike.jpg
Pemain muda Bayern Munich, Wisdom Mike, terlepas kempen Piala Dunia Kelab kerana perlu menempuhi peperiksaan. 

Pemain berumur 16 tahun itu perlu menghabiskan persekolahannya di sebalik empat lagi pemain akademi gergasi Jerman itu akan beraksi dalam kejohanan di Amerika Syarikat (AS) itu. 

Mike disebut-sebut sebagai bintang masa depan selepas mencuri perhatian apabila meledak 22 jaringan dalam 23 perlawanan di sebalik belum membuat kemunculan pertamanya di peringkat senior. 

Namun, Bayern akan menurunkan khidmat pemain baru, Jonathan Tah, di bahagian pertahanan sementara Tom Bischof, 19, yang dipancing daripada Hoffenheim. 

 

Advertisement

Must Watch Video