Skip to main content

Bola Sepak

Pemain Luton, Tom Lockyer alami serangan jantung ketika berdepan Bournemouth

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_74875567.jpg
Aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality terpaksa dihentikan pada minit ke-65 selepas kapten Luton Town, Tom Lockyer, mengalami serangan jantung ketika berdepan Bournemouth.

Perlawanan dihentikan pada separuh masa kedua selepas pertahanan itu terpaksa menerima rawatan paramedik dan staf perubatan, dengan barisan pemain kedua-dua pasukan dibawa masuk ke bilik persalinan.

Lockyer menerima tepukan gemuruh ketika diusung sebelum perlawanan dihentikan serta-merta.

Luton kemudian mengesahkan pemain tersebut mengalami serangan jantung tetapi memberikan tindak balas ketika dia dibawa keluar dari padang. 

Kelab itu berkata dia stabil dan menjalani ujian lanjut di hospital.

Perlawanan terikat 1-1, Elijah Adebayo memberikan Luton pendahuluan awal sebelum Dominic Solanke menyamakan kedudukan.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video