Skip to main content

Bola Sepak

Pemain Liga Super sambut baik kempen 'Football Love Peace'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

football-love-peace.jpg
Kempen 'Football Love Peace' yang dilancarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) disambut baik oleh semua kelab Liga Super musim 2024-2025.

Selain meningkatkan kawalan keselamatan pemain dan pegawai terlibat, kempen ini juga dilancarkan bagi memastikan liga berjalan dengan lancar.

"Semua pemain berkawan, kami hanya 'bermusuh' di atas padang sahaja. Ini satu kempen yang bagus," kata penjaga gol Sang Penyu, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin, selepas perlawanan menentang Penang di Stadium Bandaraya, malam tadi 

Menurut pemain tengah Harimau Kumbang, Muhammad Khairu Azrin Khazali pula: "Selepas apa yang terjadi, kempen ini memang patut diketengahkan."




Pemain tengah Terengganu, Marin Pilj, turut menyuarakan: "Kita semua mahu terus memandang ke hadapan tapi sesetengah perkara akan terus menghantui kita. 

"Keamanan adalah paling penting dalam dunia ini, saya harap dunia akan bertambah baik." 



 

Advertisement

Must Watch Video