Jurulatih Selangor, B. Sathianthan, enggan insiden 'isyarat lucah' yang menyelubungi pasukannya mengganggu misi penting Red Giants menjelang aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Felda United di Stadium Shah Alam, esok.
Kem Selangor 'panas' dengan insiden kontroversi membabitkan tiga pemain pasukan itu sejak dua minggu lalu.
Selain membabitkan Nurridzuan Abu Hassan, ketua pasukan, Amri Yahyah, dan penjaga gol, Farizal Harun, juga didapati melanggar etika profesional sebagai pemain.
Kedua-duanya memberi reaksi balas keterlaluan, iaitu tindakan Amri terhadap pemain import Perak, Leandro Dos Santos, manakala Farizal terhadap penyokong sendiri, 6 April lalu.
Situasi itu menyerlahkan tekanan yang dialami barisan bimbingannya, namun Sathianatan enggan ia mempengaruhi aksi pemainnya di atas padang ketika bertemu Felda United.
"Pemain sememangnya berasa tertekan, dalam kem Selangor siapa yang tidak berasa tertekan?
"Saya sudah pesan kepada pemain bahawa mereka perlu mengawal emosi atas makian dan ejekan.
"Pemain perlu faham kerana biasalah peminat, setakat itu yang mereka boleh lakukan.
"Jadi, pemain perlulah tahan emosi," katanya.
Sathianathan terpaksa mempertaruhkan skuad tempang apabila bertemu The Fighters susulan beberapa pemain utamanya dilanda kecederaan.
Antaranya, dua pemain import, Taylor Regan dan Endrick Dos Santos, selain bakal kehilangan Nurridzuan yang berdepan penggantungan perlawanan.
"Sejak ketiadaan Rufinho Segovia ketika berdepan Kuala Lumpur, kami masih tetap perlu teruskan permainan.
"Saya perlu terima hakikat bahawa Amri akan digantung bagi perlawanan akan datang kerana dia sudah mengumpul tiga kad kuning.
"Oleh itu, sesiapa yang akan diturunkan kelak perlu buktikan bahawa mereka boleh beraksi," katanya.
Selain pertemuan di antara Selangor dan Felda, aksi esok turut menampilkan pertemuan Kelantan United menentang Terengganu sementara Kedah melayani kunjungan PJ City FC.
Empat perlawanan lagi berlangsung berselang sehari dengan tumpuan tentu terarah kepada pertemuan di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan PKNS FC.