Skip to main content

Bola Sepak

Pemain Kemboja, Korea Selatan perkuat PKNP FC

pknpfc121217.jpg
Pemain kebangsaan Kemboja, Keo Sokpheng, 23, dan pemain Korea Selatan, Yeon Gi Sung, 28, kini sah bersama PKNP FC untuk menghadapi musim baru Liga Malaysia.

Sookpheng dan Gi Sung adalah import terkini PKNP selepas pemain Latvia, Ritus Krjauklis, 31, yang beraksi musim lalu bersetuju untuk menyambung kontrak bersama kelab itu.

Menurut penolong pengurus pasukan, Mohd Arfrenddy Arasad, dengan pengambilan pemain berkenaan, ia bermakna kuota Asia dan ASEAN telah dipenuhi.

"Sookpheng sebelum ini beraksi bersama kelab Phnom Penh Crown FC dalam Liga Kemboja manakala Gi Sung pemain yang berpengalaman dalam Liga Korea serta di Thailand.

"Kami sedang mencari dua lagi pemain import dan masih menghidu tonggak tempatan untuk memperkuatkan pasukan," katanya.

Sebelum ini, PKNP kehilangan khidmat Kim Hweon-Woo apabila pemain Korea itu mengambil keputusan menyertai Terengganu FC I.

Advertisement

Must Watch Video